Wednesday, October 20, 2010

campuradukmacammacam 3

JOhor FC 1 - N. Sembilan 0. yeay!

Slowdown 3 - Playground 2. yeay!

Man UTd 1 - Bussaspor 0. yeay!

maksudnya semalam sumer team bola yg cambest menang!yg x best..g balik training...

Harga kereta kat Malaysia mahal nak mampos! x nak komen byk2..hrga Proton dah fight2 ngan Honda..yeay!

Muka garang,kulit muka cam kena tmpal plastik,gemuk,rmbut besar gabak..no komen!

yeay!

Tuesday, October 19, 2010

Ewok..Queen of Spade



Ewok.yup..namer ni mmg diamik dr citer Star Wars..watak menatang kecik2 yg mmg cute n menace giler.Kalo nak cerita salasilah Ewok nih..mmg pnjang,n aku pun x tau cmner nak citer.itu maybe next time.nih kira episod pengenalan jer..sbb aku kompem bnyk lg citer2 pasal ewok n anak2 dia yg aku akn tulis.Mybe..just mybe,kalo aku masih dilimpahi rahmat kerajinan..aku nak wat blog pasal kucing jer.utk blog tuh,aku cadang nak citer pasal hobi aku membuli kucing.hehehe.
so,sbg introduction nih sedikit resume Ewok (kalo sesaper nak amik Ewok keje)..

Nama : Ewok a/b Maharaja
Jantina : Pompuan
Umur : 3 thn (kalo umur kucing) 34 (umur manusia)*
Pekerjaan : Surirumah (tp lebih kpd tukang tido)
Agama : ????
Status : Janda anak 2 (laki meninggal sakit tua )
Hobi : tengok La Liga
Makanan kegemaran : Goreng pisang (serius shit!) , Nutrivet ,ayam rebus (ikut kerajinan owner)
Sikap : malas mandi,pelupa,pemalas,cute!!



K..nih kira mukaddimah.lagipun aku br pandai wat collage guna Picassa.nnt aku upload gmbr anak2 Ewok..Leah n Sarjan.kalo aku rajin..n kalo Picassa x jahanam aku godek2**.


*cara nak kira umur kucing :  6 bulan pertama = 13 tahun manusia.
                                                 6 bulan kemudian = 8 tahun manusia.
                                                 1 tahun kemudian  = 10 tahun manusia
                                                 tambahan setiap tahun = tmbh lg 3 thn.

cth: kucing umur 3 tahun : 13+8+10+3 = 34 tahun manusia.

*godek2 : bahasa harian org Johor.
  maksud : mengacau (kalo masak),diusik2 (perbuatan).kalo nak faham,cr awek/pkwe Johor..nnt dia ajar
 
                

Monday, October 18, 2010

Dia mai dah..pikir punya pikir.

Semenjak aktif blk dlm berbloging nih..aku dah jd sgt observe ngan persekitaran.sbb nak menulis nih perlu bnyk rujukan,pemerhatian,pengalaman,pemahaman..walaupun aku bknlah nak menulis 1 karya agung,cuma sebuah blog rencam yg aku jdkan tempat menulis rasa.perghh..damn!tetiba lak ayat2 nih terotomatik mnjdi bertatabahasa.
Kadang (selalu) aku terpikir..mcm maner manusia2 hebat dpt jd seorg yg hebat.aper yg diorg mkn,minum,alami,hadapi,terokai..sampai diorg dpt mnjadi hebat dlm aper yg diorg wat.Sebab persekitaran ker?didikan awal ibu-bapa ker?pengaruh rakan sewaktu remaja ker?pengalaman2 semasa menginjak dewasa ker??sbb aper?.Ramai org yg berjaya dlm bidang masing2 dan org2 ini bnyk menginspirasi aku.kalo politician org cam Sukarno,Mandela,Castro,Deng Xiaoping..mcm maner diorg nih bole keluar dr kebiasaan dan menjadi pemimpin yg cambest?.Deng cthnya,sbb dia ar China skrg dah mula menjadi antara kuasa utama dunia..politik,ekonomi even sukan pun China mkin power skrg.Walaupun negara komunis,Deng berjaya menjadikan China sebuah negara pasaran terbuka.Ini btl2 awesome bro!.mcm syiah Iran dpt hidup aman harmoni ngan Sunni Iraq.best!
Kalo peringkat tempatan,aku terfikir gak camner Ungku Aziz,Pak Sako,Ahmad Boestamam,Mahathir,Lim Kok Wing,Datuk Mani Jegathesan bole berjaya dlm bidang masing2..politik,bisnes,pendidikan dan sukan.Aper pasal diorg bole berjaya ek?bnyk lg bidang2 yg mmpunyai org2 yg cam best..org2 yg terkeluar dr kebiasaan.lain dr yg lain.exceptional.
Sebenarnya bnyk org yg berjaya atau master bidang masing2.Jackie Chan,Shah Rukh Khan, P Ramlee..Pak Abu , Pak Engku, Jimmy Choo , Rizalman , Prof Datuk Dr Mazlan Othman , Professor Datuk Dr Ismail Md Salleh..diorg nih betul2 outstanding dlm bidang masing.sumer nih btl2 otai.sifu.
Msti kalo mls nak pikir,aku akan ckp diorg nih dah ditakdirkan mmg akn berjaya.dah tertulis kat luh mahfuz.Itu kalo mls nak pikir.Tp kalo pikir2 balik,msti diorg2 nih berusaha nak mengubah diri masing2.cam yg kita tau,Allah xkan mengubah nasib sesuatu bngsa/manusia kalau mereka x berusaha mengubahnya.Tp aku pun berusaha gak.ker diorg lg kaw2 punya usaha? Kaw2 camner lg br aku bole berjaya gak jd seorg yg exceptional?..
aku nak mkn kismis doa bnyk2.yeay!

Saturday, October 16, 2010

Dari Jiwa yg Lain

     "Macha..aper bikin collect sisa mknan tuh??.kotor lar.."tegur gadis berbaju biru..bertudung,tp berlengan pendek. aurat berpilih-pilih.

"nnt sekajap lg Uncle mau dtg amik.slalu pukul 4 ka..4 lebih ka,dia mari cni" jwb waiter dr India.tngannya pantas menolak lebihan makanan  dipinggan dr meja yg baru ditinggalkan anak2 muda Cina,mngkin br pulang dr kelas tmbahan. "itu akak punya ayam lebih tada mau lg ka?" cantik bibirnya dijuihkan pada pinggan gadis td.

"I tgh dietlah skrg.ayam bole bg cpt gemuk.U mau ka??" kompiden jawapan si gadis.

"oklah itu mcm.Bobo mmg suka mkn ayam" dpt agakkan saper yg ckp?.

"itu Uncle nama Bobo ker??dia org susah ker??" tnya gadis sambil menghirup Milo ais. Diet konon..siap tabur Milo lebih atas air tuh.

"Bkn..itu Uncle namer Wong.Dia punya bengkel kereta depan itu Petronas.Itu Bobo..dia punya anjing punya nama."jawab si waiter sambil menulis bil utk si gadis.

"Untuk anjing????oo..itu mcm x bole amik ini ayam, saya mau mkn lg.Kita org Islam haram pegang anjing"jawab si gadis dgn wajah terkejut.ayam sudah dimulutnya..rakus dimkn. Hari ini cancel diet!

"U tau itu cerita pelacur sama anjing?? Tuhan Allah bg maaf itu pelacur tau" balas si waiter..sebijik cam ustad Fidaus Abdullah.

"Saya apa kesah..saya bkn itu pelacur.U jgn bikin pandai ar..#@&*!!" hampir pecah gelas Milo dihentaknya ke meja. Makin menarik...

"Bodo! U dtg cni mau ajar org..balik lah woii!!" bingkas si gadis bangun smbil mencampakkan not 10 ringgit.terus dia blah ke kereta Myvi LE.baki x nak amik ker???

"Anjing ka..kucing ka,semua binatang juga.kita bg makan..banyak dapat pahala oo" terang si waiter pada aku. Apehal lak nak babitkan aku??aku nak mkn tosei jer bro.

Yes! msti Cina sebelah meja ckp org Islam xde belas kasihan.camni br ar org tau Islam itu agama sejahtera.Aku nak balik..tosei nih cam x sedap lak arini.

kisah di atas adalah kisah benar.tak tipu..yeay!

campuradukmacammacam 2

budget 2011..cam best.yeay!!harapan aku nak bergaji RM 360 sebulan..semakin hampir menjadi kenyataan.thanx ar sbb En Najib semakin pandai berjimat cermat.watper nak bg bonus sampai 2 bln gaji.membazir!.watper nak bg naik gaji 10%.membazir! Sbb x bg bonus sebulan gaji,kerajaan dpt save RM3.1 billion.bnyk tuh beb!dgn duit banyk tuh..bole wat lg 5 kem PLKN baru.lagipun,org gomen sumer dah kaya2.rasuah pun dah xde..sbb gaji lebih dr cukup.gaji bln lps aku pun x tgk lg...dah bank in ker?? En Najib n Kak Ros..u rockkss!!

mkn kedai mamak mmg rasa cam 1 Malaysia.sumer kaum ader, sumer suka kari.hrga kat mamak mmg terbaik!tp sumer org ttap suka lepak2 kat saner.bab harga watper nak berkira sgt.kan budget semalam dah bgtau..300 brg2 yg mahal2 sah xde cukai.mesti ar teh ais ngan roti tampal dah murah..xde cukai.Nak try ar  makan kat Najib's Corner kat Brkfields..org ckp Tosei Najib terbaeekk!!

brp hrga cincin belah rotan skrg ek???mahal x?bole ker kalo cincin ganti ngan gincu SimplySiti?x ikut adat ek?kalo x ikut adat xleh dowh..biar mati anak,adat kena maintain.kalo ikut adat..lelaki bg sirih junjung ker tepak sirih?arghhhhh..ader beza ker??

Thursday, October 14, 2010

BUDGET cam best!

besok budget  2011.ramai tukang ramal yang muncul..ramal mcm2.org panggil budget bsk..election's budget,sebab tukang ramal cakap..thn depan PRU ke-13.pandai ar.

dulu aku x amik port pasal budget.sbb aku budget,aku mmg xkan cukup budget.tu time blaja.biler dah keje..br terikut2 ngan keghairahan org terhadap budget.aku mmg poyo..budget best jer.

aku belum mendaftar sebagai pengundi.kursus kawen pun blum gi.tapi aku nak gunakan kuasa aku sbg bakal pengundi.aku nak budget bsk yg best2.bonus paling koman 3 bln ( Maybank bole sampai 6 bulan..kerajaan x kan x leh kot??), kenaikan gaji paling sket 20%..kalo nak best lg 35% cam time Pak Lah (Pak Lah,u rockssss!!), elaun COLA naikkan lg..jd 600.kalo semua nih jd kenyataan..u know ler aku nak watper time PRU nnt.syg En Najib!!

tapi..bile gaji dah naik,elaun dah tambah..mesti harga brg pun naik.semua bg alasan kos naik.rokok start dr semalam aku tgk dah kurang kat kedai Muru.ader kaitan???gula lak jual kat kaunter..damn!!aku nak beli gula..bkn nak beli henpon!

kalo camtu..xyah ar naikkan gaji.kalo bole bg turun lak.bg jer gaji RM360 sebulan..cam gaji cikgu2, engineer JKR dolu2.aku dengar mak aku citer,dolu2 oveltin segelas 20sen..mee goreng telur mate 30 sen.kira2 brekfest,brunch (kul 10),lunch,minum ptg,diner ngan supper..paling mahal RM2.20.yeay!!

kankerbestkalobolekawannganennajib..nakslowtalkngandia,mintaktukarkanpinjamanPTPTNjadisedekah.

Sifat-sifat Haiwan pada Manusia : Satu Kajian Kehidupan. Siri 1

Abstrak

Kajian  ini merupakan kajian yg dijalankan bagi menyediakan tesis sarjana Kehidupan (Pend). Kajian ini merangkumi kumpulan sampel seramai beberapa orang (n=xORG) , bergantung kepada masa dan suasana semasa kajian dijalankan.Tempoh kajian akan berakhir apabila calon (pengkaji) mengalami patah jiwa yang disahkan oleh Pegawai Perubatan kerajaan.Kajian ini merupakan kajian berkumpulan,disertai 3 orang panel.Setiap anggota panel pada bila-bila masa boleh mengadakan mesyuarat,samada dengan kehadiran semua panel atau 2 orang panel atau seorang panel menjalankan sesi temuramah bebas.

Pendahuluan

Kajian ini adalah bertujuan untuk mencari jalan bagi meng"halalkan" sesi mengumpat yang sering berlangsung di pejabat-pejabat kerajaan.Selalunya kajian dilakukan oleh golongan makcik-makcik,tetapi bagi mendapatkan pandangan yang lebih menyeluruh,maka panel pengkaji dipilh dari kalangan pakcik-pakcik.ahli panel yang dipilh lazimnya akan mengadakan perbincangan kumpulan setiap hari,bermula jam 3 petang (bergantung kepada tahap kesibukan kerja hakiki) di bilik Taklimat 2,Bagunan Maybetakjadipindah, Serdang. 3 orang ahli panel yang dipilh sebagai pengkaji adalah:
DYMM Dr Sultan Melaka (SM), YAB Tun Dr (Hon) Stephen Langkau (TSL)  dan YBhg En Mokhtaruddin Abbas (MA) PJN,PJK,PISS.Keahlian adalah terhad dan hanya menjemput pakar-pakar luar sebagai konsultan bergantung kepada keperluan kajian.

Kajian ini hadir atas keinsafan ahli panel pengkaji untuk mengkaji sifat2 manusia,agar yang baik dapat dijadikan teladan dan yang buruk harap dijauhkan.Sebagai manusia biasa yang bekerja di jabatan kerajaan,pelbagai isu harus dihadapi setiap hari.Melalui kajian ini,selain dapat memnuhi syarat bergraduat dalam ilmu kehidupan..dapat juga digunakan sebagai medan membuang masa sementara menunggu waktu balik dan  ketawa untuk mengurangkan tahap hormon cortisol (plz Wiki) yang menyebabkan stress.Ahli-ahli panel pengkaji memang boleh tahan tahap humornya.

Lazimnya YBhg MA akan menghulur tajuk-tajuk perbincangan,bergantung pada isu yang timbul pada hari kajian. YAB Tun akan memprovok Sultan agar perbincangan menjadi hangat dan meriah.Sultan selalunya menjadi pakar rujuk terutama perkara berkaitan kewangan,kesihatan dan gosip2 pentadbiran.YAB Tun pulak,pakar rujuk bab2 resepi dan takaful (dia agen takaful).nak rujuk tentang Tuan Dekan pun bole ngan dia nih.YAB Tun adalah satu2nya spesis pakcik yang dikenali oleh YBhg MA yang amat handal memasak.Hari-hari cerita berkisar tentang resepi yang enak dicuba.YBhg MA pulak pemalas tahap sloth, jadi kebanyakan resepi hanya menjadi santapan imaginasi sahaja.

Oleh kerana batas masa kajian tidak ditetapkan,maka banyaklah hasil perbincangan akan direkodkan.Isu2 menarik akan didokumentasikan.Sebagai mengulang ayat penyedap hati..ini adalah satu kajian,bukan mengumpat.Kajian bersifat akademik.Sebab dalam perbincangan akan banyak idea2 keluar..dan idea2 ini amat bagus dijadikan pengajaran.Harapan agar kajian ini akan mengekalkan sifat-sifat akademiknya,tidak bertujuan memburukkan mana2 juga sampel kajian.


Tuesday, October 12, 2010

campuradukmacammacam 1

entry nak campur mcm2 citer/keadaan/emosi.

semalam aku x tido awl.mkn nasi sblm tido.tido sampai pagi..x terbangun sbb lapar etc.semalam x mcm kelmarin.tp aku tgk Sukan Komenwel.itu samer cam kelmarin..tp x  tgk chanel 801.aku x nak dengar ulasan cam kelmarin.Malaysia msuk final bdminton..mcm2 kategori.single,double lelaki,mixed double n single pompuan.mintak2 sumer dpt emas..so bole lebih dr sasaran.nnt sokabar bole tulis blagak2,puji player n pegawai sukan tahap jilat muka.India klhkan England dlm hoki..best!

smbil tgk chanel Sukan Komenwel..tgk Piala Malaysia.bkn sbb minat PM..tp EPL xde game.stadium Trgganu truk sgt2..banyak tanah dr rmput.penyokong Kelantan n Selangor gaduh2.,mcm biaser.dengar ader yg meninggal..betul ker?N9 main x best langsung..tp mng.Perlis klh ngan N9..so Perlis lg x best.Johor aper citer???

smbil tgk Piala Malaysia..aku iron baju.bj warna peach ..Mel bg.sebenarnya bj tuh kaler pink..tp aku x ngaku.lelaki maner bole pakai kaler pink!!tp td waktu breakfest,Dr Izmi pun pakai bj kaler samer..dia pun lelaki.aku konpius.tp td ader org puji..ckp kaler bj tuh matching ngan aku.blk ni nak g Jusco..nak beli bj n sluar pink.yeayy!!!

td aku bc blog..Blog serius..serius beb!.tp tiap kali nak bc blog jer..ader lak patient masuk.patient aku bkn org..tp kambing.serius!.lps sumer dah setel,aku smbung bc.aku terbaca entry kat bwh..serius 100% serius.


jap lg ader audit.sbb tuh aku tulis entry nih..aku nak wat2 nmpak bz.biler bz..auditor x berani tnya bnyk2.lgpun kalo x bz pun..aku mmg mls nak lyn auditor2 nih..diorg sumer poyo.cilanat!diorg dah dtg...aku nak pura2 pengsan.

Monday, October 11, 2010

peluh membasahi dahi..dan seluruh anggotanya!

mlm td aku tertido awal.blum Buletin Purnama..aku dah karam.oleh sbb tido sblm mkn..aku terjaga,lapar.bgun..mkn nasi ayam bngkus petang td.basi???ntah..ok jer aku rase.sambil mkn..aku on TV,konon2 nak tgk highlight sukan Komenwel.aku bukak chanel 801..chanel sukan Astro,perantara studio Melayu..tp speeking london,rs2 bunyi cam Scottish sket.dia blaja kat Glasgow kot dulu.
sbb Astro nih mcm2 ada..dgn menekan red button,bole dpt 6 lg chanel yg sumer menyiarkan sukan Komenwel.dan sbb Malaysia power men badminton..aku pilih chanel yg tnjuk acara badminton.nak tgk acara lawn bowls(walaupun malaysia sikit power gak) aku x larat..x larat nak tgk auntie2 dr Australia n England tapau gadis2 cun dari Mauritius.kesian.mlm td badminton acara bergu campuran.sblm tuh..Hafiz Hashim dah kena tapau ngan player India.aku dah agak dia kalah..main blagak sgt!
bergu campuran Malaysia kali nih kira crash partner ar.br digandingkan sblm sukan Komenwel arituh.Koo Ken Kiat ngan Chan En Hui (slamba aku sodok namer minah nih),lwn bergu pun dr India.player pompuan India tuh bole thn gak..ader kacuk Nepal kot.aku bkn nak komen pun pasal game diorg..sbb kompem M'sia mng.wajib.kalo klh..mmg setan!kira cam Man Utd lwn Newcastle ar..kompem mng (aik..aper kena mengena nih??).tp yg nak aku coretkan kat cni..apehal ngan pengulas tuh???serius cam gamp!.dlm era teknologi tanpa sempadan nih..masih tersisa saki-baki pengulas camnih.kalo ikut pengalaman yg dia ada..aku rase x patut lg dia melalut.atau sbb bnyk sngt game yg dia kena ulas..so x sempat nak wat persedian.bkn ar nak dia terlampau berfakta..tp jgn ar melalut sampai keluar prosa-prosa puitis "peluh membasahi dahi..dan seluruh anggotanya" n "rambutnya diikat rapi seperti ekor kuda".wtf!kalo men badminton..ofcoz ar berpeluh.bab rambut,perlu ker nak ulas?.so bab2 tuh xyah ar komen beria2 sgt.tp yg paling aku x tahan..dia bole lak wat free announcement,yg hr nih hari lahir dia.aper kes???ader kaitan ker berfday dia ngan game tuh?atau dia harap org akn hantar hadiah ke Delhi utk dia?ini mesti sbb slalu dngr Hasbullah Awang jd commentator..siap jd idol.bro,zmn Hasbullah dulu2 ok ar.xkan sampai tahun 2020 nnt still wat ulasan membabi buta camni?atau org Malaysia mmg suka stail pengulas camtuh??.
harap2 mlm nih aku x tido awal..x terbangun sbb lapar.aku nak mkn sblm tido..mls nak tgk TV.

Sunday, October 10, 2010

RAYA...tiap2 tahun,raya yg paling best.




ini gmbar family aku raya tahun nih.tema kaler biru...aku yg pilih.so terpaksa ar mak n abah mencari bj kaler biru.hehehe
family aku xde ar besar sgt..mak,abah,abg long,kak ngah n Abg Nizam,Aqilah,Ajiq,Irdina n Aleesya.x ramai..tp sgt2 happening kalo raya.kira2nya..satu gmbar nih dah merangkumi sumer family members aku.harap2 raya thn depan dah bertambah lg sorang..hehe.
aku mmg suka hr raya.bkn sbb mknan..pakaian..atau duit raya (yg nih mmg x best..sbb skrg aku yg kn bg duit raya),tp sbb time raya,kitaorg bole kumpul ramai2.aku bole cuti lamer sket..cam thn nih,aku cuti 2 miggu!masyyukkkkk
kalo bole..aku nak tiap2 tahun,hari raya kitaorg dapat kumpul samer2.sedih sgt kalo bygkan raya tanpa mak @ abah.aku x dpt bygkan perasaan kalo raya tanpa diorg.x nak bayangkan!!!
x kisah ar camner pun suasana raya,camner pun keadaan ekonomi aku..aku harap2 aku masih dpt ry ngan mak n abah selama2nya.aku x nak raya aku tanpa diorg.kalo diorg xde..aku xnak raye!
Mak n Abah..maaf zahir batin.maafkan segala salah silap..halalkan mkn minum selama nih.aku tau,ms kecik aku nih nakal sgt.bole kater kurang ajar.aku tau mak n abah bnyk terasa ngan aku.sbb tuh aku suka hr raye..sbb aku dpt salam n cium tgn mak n abah..mintak ampun bnyk2.mak  n abah..tahun depan tema kaler biru lg nak???hehehe

SY(SBY??)..Salih Yaacob

arini aku nak menulis utk tribute kat Salleh Yaacob (SY) bkn Susilo Bambang Yudhoyono (SBY).knp SY?ntah..tp smlm aku ader terbaca artikel pasal dia.skrg nih SY tgh meletop2 sbg perantara kat radio Sinar..radio no 1 (bkn Era ker??) Malaysia.bab ranking2 radio nih..jgn tnya..aku pun pelik.camner diorg tau berapa ramai yg dngr radio.ajaib!
yg menarik perhatian aku..semalam 101010 (binary numerical nos)..telah genap 30 thn beliau sbg penghibur (pelakon,pengacara,pelawak,penyanyi,penari...erk,penari???).n sedar x sedar..sebenarnya sejak dr kecik lg aku dah terbiasa tgk dia kat TV.citer2 dia mmg bnyk lawak2 bangang..cam Janda Meletop,bab jin kena luku tuh mmg bangang nak mamp!tp lawak2 tuh yg tetap tersemat dlm ingatan aku.
aku tulis tribute nih mostly sbb aku rs SY nih lain dr yg lain.x mcm artis2 biasa.dia luar biasa.rs2nya,dia sorang jer artis yg mengaku kawin 3..kalo artis lain,kawin pun x ngaku..last2 cerai.aku dpt rs yg SY nih org yg sgt2 jujur.jujur dgn diri dia,bini2 (3) dia..n peminat2 dia.x heran knp ramai org yg suka dngr celoteh dia pg2.rs sgt2 jujur..x dibuat2.Abg Jem n Mak Neng mmg malatopss!n berdasarkan tulisan wartawan tuh..dr seratus perkataan yg SY ucapkan..hnya 1-2 jer perkara2 lawak,yg lain penuh ngan falsafah n ayat2 al-quran.He's a really profesional entertainer!bkn melawak setiap masa..jd sgt2 bangang n canggung.dia melawak sebagai kerjaya.dia nmpak pandai dan berfalsafah...
aku pernah terserempak ngan SY kat Carefour Seri Petaling.dia g shopping ngan 2 org isteri dia.n dia kelihatan sgt2 charming..nmpak yg isteri2 dia bole get along ngan natural.bkn dibuat2.bknlah aku jdkan dia sbg idola (sbb dia kawen 3)..tp aku suka ngan kejujuran dia.mcm manusia lain..dia pun msti ader benda2 yg disorok,tp as an artist yg org kenal..dia masih dpt berlaku jujur.dlm dunia artis yg bnyak pura2..dia masih bole menjadi diri sendiri.nice!
utk SY (walaupun dia x bc)..aku doakan yg terbaik.keep all the good works.selalu jujur..n menjadi diri yg sebenar.aku harap,aku pun dpt jujur..sekurang2nya terhadap diri sendiri.i want to be ME!

Wednesday, October 6, 2010

makantengaharisorangsorang

Aku kategorikan diri aku sbg slim,dark n ensem..huahuahua.dr 10 org yg jumpa aku,aku kompiden..semua mereka akn ckp aku slim,dark..tp ensem tuh cam biase,diorg dengki..xnak ngaku.kesliman aku nih sebahagian besarnya ats faktor aku mls nak mkn.aku x suka mkn kalo aku rase mknan tuh x menyelerakan.selera aku terhadap mknan bkn ats faktor harga,presentasi,tahap bintang tempat mkn tuh..atau aper2 faktor luaran.selera aku sebenarnya amat sukar diramal..amat sukar.tgh2 ada selera pun..boleh ilang kalo tiba2 aku berfikir.."aku xde selera".cilabet!sekarang tetiba lak aku xde selera nak menulis post nih..sebab skrg dah pukul 5.dah abis time keje.aku nak balik.besok kalo selera aku nak menulis dtg blk..aku smbung entry nih,kalo x...anggap jer ar entry nih x menyelerakan..
alhamdulillah,selera menyambung entry nih meluap2 lak pg nih.maybe faktor rajin aku 2-3 hari lepas masih bersisa.Bebalik bab selera aku yg sgt2 ar tipis..aku bole laju mkn kalo mknan tuh aku yg msk @ mak aku yg msk @ aku nak cr alasan nak isap rokok.lg satu..aku bole mkn ngan selera kalo mkn ramai2..ngan kengkawan.sambil mkn..smbil tgk cikaro.cikaro2 kat area Serdang nih mmg mantoopp!
nature keje aku nih..slalu kena kuar kawasan.kalo g area N Sembilan..mmg masyukkk sgt kalo mkn tghr.lauk2 kampung yg dihidang mmg klas.telur itik masak lomak,ikan keli(org N9 panggil ikan smbilang) goreng belado,rendang aym kmpung...terliur siottt!kalo g area Pahang..cam biase ar,ikan patin msk tempoyak.jadi selera aku mmg bertambah...tp lunch semalam,aku x kuar g student prktikal.tggu kes kat wad..so,lunch time aku mkn kat kafe fkulti.aku pun x tau maner semua bbdak fakulti gi.sorang pun aku x nmpak.student lak kalo lunch hour..x tau dr maner diorg nih mncul.ramai gila bab!aisehhh..cam kena mkn sengsorang jer nih.cilabet!
biler mkn sengsorang nih..rs cam bersalah sgt.mcm dah xde kwn langsung.student2 tentu pk yg aku nih cam beruk makyeh..xde saper nak kwn.aku trus mkn laju2,air pun aku main mnum skali teguk jer.pastu ader ar 2-3 org stdent yg dok berdiri blkg meja aku..nak tggu aku blah ar tuh.kecoh ar diorg nih..mkn bersila ats lantai kan ok.tp sbb aku nih slalu diajar nilai2 murni..n sbb aku rs sgt2 menyampah mkn sengsorng,aku bingkas bangun.nasi ader lg separuh..ikan tuh kalo aku letak balik,cover ngan kuah..kompem org ingt ikan blum dimkn.aku janji (JANJI LAGI!!)..lps nih biar aku lapar camner pun..aku x nak mkn sengsorang.x best langsung!!tp kesan dr tindakan aku td..lps sejam,perut aku main lagu rap lak.lapar!!!!mls aku nak layan...

Tuesday, October 5, 2010

Janjilagilagijanji

1) Janjisatu
semalam aku seperti biasa..seperti selalu yang aku wat,aku berjanji ngan diri aku.Banyak gak janji2 yg aku tabur kat diri sendiri..dan yg musykilnya,sebahagian diri aku betul2 percaya ngan janji yg aku wat.salah satu janji yg aku tabur, aku nak berenti TBG.xyah ar bgtau aper mksud TBG nih..tp aku anggap,perbuatan aku yg 1 nih,mmberi bnyak implikasi negatif dlm hidup aku.bnyk kali aku nak stop wat benda nih..tp x berdaya.masyukkkkkk sgt bila layan TBG!!
ulasan: aku rasa2.. janji nih cam susah jer nak dipenuhi..cilanat!
peratus lupa janji: 80%

2) Janjidua
aku janji (AKUJANJI??)..aku nak try utk berbual lamer2 sket biler Mel tepon.ntah kenapa,dr sejak aku first2 pakai henpon..aku x suka cakap lamer2 bile org call.aku jadi rimas,x keruan,tangan berpeluh,runsing...tiap kali bile aku borak lamer2 kat tepon.masalhnya,Mel lak suka sgt borak lamer2..walaupun dia tgh try nak pendekkan perbualan.dr mula2 kenal dulu..aku mmg dah bgtau dia,aku x suka ckp lamer2 kat tepon.dia kdg2 nampak paham..tp selalunya mcm biasa,dia akn bnyk bercerita.n mcm biasa..penyakit rimas,x keruan,tangan berpeluh,runsing yg selalu attack aku pun dtg.best sgt ker borak ngan aku nih??
ulasan: janji yg nih lg susah dr yg first.penyakit mls-nak-cakap-lamer2 aku nih dah berakar umbi dlm diri.dah betul2 sebati.dah jd darah daging.
peratus lupa janji : 92%

3)Janjitiga
janji yg nih..bole kira janji ker??aku janji nak stop isap rokok.aku sebenarnya bkn perokok tegar.n aku x enjoy pun isap rokok.aku isap rokok sebab aku bosan..n sebab aku kenyang.kalo x..aku bole idup tanpa rokok!.aku start isap rokok masa form 4..kat asrama.rokok first aku isap adalah rokok Salem cool Planet..selain cool kat tekak,aku pun rasa sgt2 cool..rasa cam dewasa sgt2.bile dah blajar kat U,aku tukar selera..isap Marlboro.tp pd aku..rasa Mrlboro adalh sgt2 cilaka..cam rasa lipas!.bile aku wat part time kat otel Marriott,selera aku bertukar lg.sbb keje otel nih kdg2 sgt penat..n sgt membosankan biler penat,n sgt bnyk makanan..menyebabkan aku selalu kenyang,aku sgt bergantung harap ngan rokok.kadar rehat utk isap rokok nih bergantung pd jenis rokok yg kitaorg isap.kalo rokok2 yg biasa..cam Dunhill,marlboro,Pall Mall..kadar rehat mybe dlm 5 min.rokok jenis nih cepat sgt habis jd puntung.aku yg mmg terkenal ngan otak geliga lipan..wat test.try n error.dlm bnyk2 rokok yg aku test..rokok Suria adalah rokok yg paling champion.kalo setakat rokok2 mat salleh nih..paling lamer nak abiskan sebatang,dlm 5-7 min.tp tidak ngan Suria..rekod yg pernah aku catat,28 min..sebelum rokok nih jd puntung.champion gila bab!so sejak dr tuh..aku isap rokok Suria.sampai sekarang.Janji yg aku wat semalam nih..rase2nya bersangkut paut ngan keadaan tekak aku sekarang.tekak aku tgh sakit..batuk2.jd dah dekat 3 hari aku x isap rokok..n aku still hidup.aku yakin,kalo aku batuk2 lg utk tempoh sebulan..selamba aku lupa camner nak isap rokok.tp kalo tekak aku baik besok..camner?????
ulasan: ini janji yg paling palsu aku bole bg kat diri aku.jgn percaya aku..aku pun x percaya kat aku.
peratus lupa janji : hahahahaha

Monday, October 4, 2010

Aku lupa janji

masuk ni,dah 3 blog yg aku create..dlm tempoh 3-4 tahun nih.n setiap kali aku create new blog jer..aku msti janji nak istiqamah dlm menulis blog.konon2 nak tulis tiap2 hari..atau sekurang2nya dlm semggu ader ar 1-2 post.tp aku knal saper aku..slalu lupa janji,terutama pd diri sendiri.n x mustahil..blog ni pun akn terima nasib yg sama.hehehe
lps aku kaji selidik..n mengomel sorang2,faktor yg slalu wat aku gagal mengupdate blog aku adalah sikap aku yg slalu berubah2.kalo dtg time rajin,i'Allah semua benda aku nak wat,nak settlekan.time rajin nih ar aku rajin nak basuh baju,mandikan kucing,buang sawang kat umah,baca buku n kadang2 rajin sampai tahap aku bole masak Beryani kambing!itu kalo rajin..yg dtg2 kdg2 sgt.so sekarang aku tgh rajin..
tapi..slalunya aku mmg pemalas nak mamp!aku mls nak kuar umah,mls nak bersihkan sngkar kucing,mls nak lipat comforter,mls nak mkn...so sekarang,aku blum mls.
jd inilah entry pertama utk blog yg bkn pertama nih.aku harap,aku jarang2 nak mls lepas nih.biar slalu rajin.aku harap,tiap2 hari aku bole update blog nih..harap2lah.BOLEH HARAP KER???