Abstrak
Kajian ini merupakan kajian yg dijalankan bagi menyediakan tesis sarjana Kehidupan (Pend). Kajian ini merangkumi kumpulan sampel seramai beberapa orang (n=xORG) , bergantung kepada masa dan suasana semasa kajian dijalankan.Tempoh kajian akan berakhir apabila calon (pengkaji) mengalami patah jiwa yang disahkan oleh Pegawai Perubatan kerajaan.Kajian ini merupakan kajian berkumpulan,disertai 3 orang panel.Setiap anggota panel pada bila-bila masa boleh mengadakan mesyuarat,samada dengan kehadiran semua panel atau 2 orang panel atau seorang panel menjalankan sesi temuramah bebas.
Pendahuluan
Kajian ini adalah bertujuan untuk mencari jalan bagi meng"halalkan" sesi mengumpat yang sering berlangsung di pejabat-pejabat kerajaan.Selalunya kajian dilakukan oleh golongan makcik-makcik,tetapi bagi mendapatkan pandangan yang lebih menyeluruh,maka panel pengkaji dipilh dari kalangan pakcik-pakcik.ahli panel yang dipilh lazimnya akan mengadakan perbincangan kumpulan setiap hari,bermula jam 3 petang (bergantung kepada tahap kesibukan kerja hakiki) di bilik Taklimat 2,Bagunan Maybetakjadipindah, Serdang. 3 orang ahli panel yang dipilh sebagai pengkaji adalah:
DYMM Dr Sultan Melaka (SM), YAB Tun Dr (Hon) Stephen Langkau (TSL) dan YBhg En Mokhtaruddin Abbas (MA) PJN,PJK,PISS.Keahlian adalah terhad dan hanya menjemput pakar-pakar luar sebagai konsultan bergantung kepada keperluan kajian.
Kajian ini hadir atas keinsafan ahli panel pengkaji untuk mengkaji sifat2 manusia,agar yang baik dapat dijadikan teladan dan yang buruk harap dijauhkan.Sebagai manusia biasa yang bekerja di jabatan kerajaan,pelbagai isu harus dihadapi setiap hari.Melalui kajian ini,selain dapat memnuhi syarat bergraduat dalam ilmu kehidupan..dapat juga digunakan sebagai medan membuang masa sementara menunggu waktu balik dan ketawa untuk mengurangkan tahap hormon cortisol (plz Wiki) yang menyebabkan stress.Ahli-ahli panel pengkaji memang boleh tahan tahap humornya.
Lazimnya YBhg MA akan menghulur tajuk-tajuk perbincangan,bergantung pada isu yang timbul pada hari kajian. YAB Tun akan memprovok Sultan agar perbincangan menjadi hangat dan meriah.Sultan selalunya menjadi pakar rujuk terutama perkara berkaitan kewangan,kesihatan dan gosip2 pentadbiran.YAB Tun pulak,pakar rujuk bab2 resepi dan takaful (dia agen takaful).nak rujuk tentang Tuan Dekan pun bole ngan dia nih.YAB Tun adalah satu2nya spesis pakcik yang dikenali oleh YBhg MA yang amat handal memasak.Hari-hari cerita berkisar tentang resepi yang enak dicuba.YBhg MA pulak pemalas tahap sloth, jadi kebanyakan resepi hanya menjadi santapan imaginasi sahaja.
Oleh kerana batas masa kajian tidak ditetapkan,maka banyaklah hasil perbincangan akan direkodkan.Isu2 menarik akan didokumentasikan.Sebagai mengulang ayat penyedap hati..ini adalah satu kajian,bukan mengumpat.Kajian bersifat akademik.Sebab dalam perbincangan akan banyak idea2 keluar..dan idea2 ini amat bagus dijadikan pengajaran.Harapan agar kajian ini akan mengekalkan sifat-sifat akademiknya,tidak bertujuan memburukkan mana2 juga sampel kajian.
No comments:
Post a Comment